


RAHMATI, BERKATI DAN KASIHANI LAH HAMBA-HAMBA MU INI YA KHOLIQ....
Ya Kholiq... Kasih Mu, Keberkatan Mu serta Rahmat Mu kami dambakan... Kasihi kami, Berkati kami dan Rahmati kami yang senantiasa memerlukan Mu Ya Wahab... Ya Salam.. Sejahterakan kehidupan dan kurniakanlah kematian dalam memperjuangkan agama Mu, Rasul Mu dan perintah Mu.. Rezekikanlah kami agar kami dapat senantiasa bersama-sama Mu Ya Rabb.. Hamba Mu tiada daya upaya Wahai Yang Mempunyai Kekuasaan dan Kekuatan.. Bantu lah hamba-hambaMu ini Ya Wahab dengan kasih sayang, petunjuk dan pelindungan yang abadi..
Rahmat Keberkatan Keredhoaan Mu

Kasih sayang, limpahan nikmat, rahmat, ujian mahu pun kesusahan yang kami miliki kini hanyalah sementara.. Segala2nya milik Mu dari Mu dan kami akan kembali kepada Mu.. Semoga kembalinya kami kepada Mu kelak dalam Keredhoaan Mu Ya Kholiq.. Janganlah kami ini dibiarkan Ya Allah.. Peliharalah dan lindungilah kami dari kemaksiatan, kederhakaan dan keterlanjuran dalam menjalani hidup yang sementara di alam yang fana' ini..
Ayang
Ayang Diyana
Tuesday, October 26, 2010

Keredhoaan Keberkatan Ya Salam Membawa Rahmat

Senantiasakanlah Ya Salam merezekikan kami dengan rezeki Mu yang berlimpah2an dengan membawa kami semakin hampir, senantiasa rindu kepada Mu, Rasul Mu, Kitab Mu, Malaikat2 Mu, Ulamak2 Mu, Golongan Soleh Solehah dan Ilmuan yang membawa kami terus ke jalan lurus Mu.. Rezekikan lah kami Ya Rozak dengan ilmu taufiq hidayah dan innayah Mu.. Rezekikanlah limpahan kasih sayang Mu agar dapat kami kongsikan sesama insan.. walau hanya sepotong ayat, walau hanya sebelah kurma, walau hanya sekuntum senyuman, walau hanya dengan ucapan salam.. Rezekikanlah kami dengan limpahanMu yg paling diberkati Ya Rozak..